Pastikan PC atau lappy anda sentiasa berada pada tahap
terbaik
Jalankan disk defrag. Admin cadangkan Smart Defrag. Buat ‘virus/malware
scan’ dan kosongkan recycle bin anda. Jika anda dapati kelajuan internet anda
perlahan dan tidak seperti biasa, kemungkinan PC anda dijangkiti virus atau
malware. Buang ‘old files’ dan ‘temporary files’. Boleh guna Slim Cleaner. Yang
paling penting sekali jangan biarkan ‘free space’ C: anda kurang dari 10% atau
pun dua kali kali ganda RAM PC anda (sebagai contoh jika RAM 4gb jangan biar
kan ‘free space’ dalam C: kurang dari 8gb.
Reset Network Anda
‘Restart’ router sekali-sekala dapat meningkatkan kelajuan
internet anda secara mendadak.
Pastikan program lain dalam PC tidak menggunakan internet
Untuk mengetahuinya tekan start>taip run>taip cmd>taip
netstat –b 5>acticity.txt. Tunggu selama seminit dan tekan Ctrl dan C. Satu
senarai program yang menggunakan internet anda telah dihasilkan. Selepas itu
taip activity.txt.
Jangan Gunakan Handphone Jika Menggunakan Internet(Wireless)
Frekuensi yang dipancarkan oleh HP dapat menggangu kelajuan internet(wireless/broadband).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan