Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Selasa, 6 Ogos 2013
Oppa! Model suntik minyak masak ke dalam muka
Sabtu, 16 Februari 2013
Oppa! Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia
KUALA LUMPUR, (BERNAMA) -- Pelakon veteran Kuswadinata atau nama sebenar Kuswadi Bujang, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini hari ini akibat kanser usus dan sakit buah pinggang.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia Zed Zaidi berkata Kuswadinata meninggal dunia kira-kira 5 petang dan jenazah akan dibawa pulang ke alamat No.7, Jalan Rasmi 1, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.
Jenazah dijangka dimandi sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang pada 8 pagi esok, katanya ketika dihubungi Bernama. Allahyarham meninggalkan balu Kamariah Mohd Said, 57, serta empat anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26, Irwan, 25, dan Rizal, 23.
Anak kelahiran Singapura itu memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 1957 menerusi syarikat perfileman Cathay Keris. Antara filem lakonannya ialah Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, Lang Buana dan Gerak Khas 3.
Rabu, 13 Februari 2013
Oppa! NASA Sembunyi Misteri Kota Mekah
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Oppa! Fakta Menarik Tentang Bayi
1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
Isnin, 11 Februari 2013
Oppa! Lumpuh Kene Love Bite
![]() |
Gambar Sekadar Hiasan |
Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.
Ahad, 10 Februari 2013
Oppa! PSY Sedia Beraksi Untuk Sambutan CNY
GEORGE TOWN: Dengan hanya beberapa jam rehat selepas penerbangan 20 jam dari Brazil ke Pulau Pinang, PSY yang akan beraksi pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional dilihat meninggalkan Hotel Evergreen Laurel di mana dia telah masuk pada pagi tadi.
Sabtu, 8 Disember 2012
Oppa! Aina Tasneem Enggan Di Bayangi Sesiapa

Ainan Tasneem
Khamis, 6 Disember 2012
Oppa! Udinese VS Liverpool Highlight
Selasa, 1 Mei 2012
Oppa! Lelaki Saman BMW Kerana Ereksi
SAN FRANCISCO- Syarikat BMW North Carolina mungkin menghadapi banyak kes-kes tindakan undang-undang atau saman. Tetapi terdapat satu kes yang agak luar biasa yang berlaku pada minggu lepas. Seorang lelaki California mendakwa bahawa tempat duduk motosikal yang ditungganginya telah menyebabkan dia ereksi dan tidak boleh mengawal ereksi tersebut.
Lelaki yang bernama Henry Wolf telah menyaman syarikat BMW Amerika dan syarikat pembuat tempat duduk Corbin-Pacific dengan dakwaan bahawa perkara tersebut berlaku selepas 4 jam menaiki motosikal BMW 1993 yang dimilikinya. Wolf menuntut pampasan ganti rugi bagi kos perubatan, hilang punca pendapatan dan tekanan emosi. Dia mendakwa bahawa ereksi tersebut tidak berhenti selama 20 bulan berturut-turut dan menyebabkan kesan sampingan yang lain.
Seorang doktor, Dr. Michael Lutz di Michigan Instute Of Urology berkata bahawa tiada data perubatan yang dapat menyokong dakwaan lelaki tersebut tetapi ia boleh berlaku pada seseorang jika neurovaskular zakar termampat pada satu tempoh masa semasa duduk di atas tempat duduk basikal atau benda lain.
BMW Motorcycles of Southeast Michigan yang berpusat di Canton telah meneliti dakwaan tersebut dan mendapati bahawa lelaki tersebut menaiki motosikal BMW yang tempat duduknya adalah bukan dari motosikal yang asal. Lelaki tersebut telah membeli tempat duduk tersebut dengan harga 200$.
Oppa : Jangan la pandai-pandai ubah suai seat motosikal korang yer. Nanti jd mcm nie naya. Haha~
Jumaat, 27 Januari 2012
Oppa! Nyamuk Gergasi Gemparkan Penduduk!!
Nyamuk gergasi yang berjaya ditangkap penduduk Kampung Sumarran di Sulawesi Barat. - AGENSI
POLEWALI - Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.
Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.
Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.
Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.
"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com.
Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.
Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan. - AGENSI
Khamis, 26 Januari 2012
Oppa! Guru Rogol dan Cabul Anak Murid Sendiri

KOTA BHARU – Seorang guru dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta tujuh sebatan rotan oleh Hakim Rofiah Mohamad di Mahkamah Seksyen di sini semalam apabila guru terbabit bertindak di luar tanggungjawabnya dengan merogol dan mencabul anak murid sendiri.
Yeck Hock Soon, 29, didapati bersalah pada pertuduhan pertama mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa berusia 12 tahun ketika itu, antara jam 8 pagi dan 3 petang pada awal Ogos 2009.
Menurut laporan dari Sinar Harian, guru yang bernafsu binatang ini juga disabitkan kesalahan pada pertuduhan kedua mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa pada jam 12.15 tengah hari, 17 Ogos tahun sama.
Lebih memilukan, Soon yang mengajar subjek bahasa Cina dan Sains di sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh telah melakukan perbuatan ‘kejinya’ itu di dalam sebuah makmal sekolah berkenaan.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali, mangsa mengalami trauma akibat perlakuan Soon dan berkata pencegahan untuk membendung jenayah seperti ini adalah sangat penting.
“Hubungan antara guru dan anak murid sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Selepas menimbang kesemua hujah, dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebat untuk kesalahan pertama.
“Pada kesalahan kedua, tiga tahun penjara dan dua sebatan. Kedua-dua hukuman berjalan berasingan,” katanya.
Selepas peguam bela, Rosmizan Sulaiman memohon penangguhan hukuman terhadap Soon dipertimbangkan, Rofiah membenarkan dengan syarat wang jaminan tertuduh RM7,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM12,000 dengan seorang penjamin.
Rofiah juga mengarahkan Soon perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan dan pasportnya ditarik oleh pihak berkuasa.
SUMBER:MYNEWSHUB
Oppa! Kolej swasta 'rompak' PTPTN pelajar secara senyap
KUALA LUMPUR - Sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan didakwa ‘merompak’ wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajarnya secara senyap apabila melakukan penyelewengan melalui kaedah ‘debit’ daripada akaun pelajar secara paksa.
Lebih 400 pelajar tahun akhir kolej tersebut dikenal pasti telah tertipu dengan tindakan pihak pengurusan kolej tersebut dan ia melibatkan wang bernilai hampir RM8 juta.
Berikutan perkara tersebut, wakil pelajar bertindak melaporkannya kepada pihak polis termasuk membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Namun, mereka telah diugut bahawa prestasi mereka akan terjejas sekiranya mereka tidak menarik balik segala bentuk laporan yang telah dibuat.
Salah seorang pelajar, yang hanya mahu dikenali sebagai Fiza, 24, berkata, pelajar yang terlibat sepatutnya menerima RM18,000 sebagai wang sara diri daripada jumlah keseluruhan pinjaman sebanyak RM56,000.
Namun menurutnya, mereka hanya menerima RM100 setiap semester dan pihak pengurusan sering berdolak-dalih setiap kali pelajar meminta baki wang yang sepatutnya.
"Kami dipaksa untuk tanda tangan borang pinjaman dan tidak diberi peluang untuk menyemak butir-butir pinjaman termasuklah terpaksa meniru tanda tangan ibu bapa kami.
"Ketika proses itu juga, kami dipaksa untuk menandatangani satu borang ‘tambahan’ yang tidak diketahui tujuannya dan hanya mengetahui borang tambahan tu sebenarnya borang kebenaran memotong duit PTPTN dari akaun kami setelah proses selesai,"katanya pada sidang media bersama PPIM di ibu negara semalam.
Dalam pada itu, seorang lagi pelajar, dikenali sebagai Lidiya, 21, pula mendakwa, berikutan dua laporan polis yang dibuat serta desakan yang dibuat, pihak kolej akhirnya bersetuju memberi lebihan pinjaman tersebut, namun sekali lagi dia telah ditipu.
Katanya, dia telah diminta menandatangani surat yang menyatakan dia telah menerima semua baki pinjaman dan tidak boleh menuntut apa-apa daripada pihak kolej sebelum cek boleh dikeluarkan.
"Namun, saya hanya menerima RM9,000 sahaja iaitu separuh daripada jumlah yang sepatutnya,"katanya.
Hadir sama pada sidang media ialah Pengarah Sekretariat Khas PPIM, Dr. Izham Nayan dan Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah.
Sementara itu, Izham berkata, situasi yang berlaku amat mengecewakan dan beliau percaya jumlah pelajar yang menjadi mangsa lebih ramai daripada yang telah dikenal pasti.
Katanya, ia termasuk pelajar yang sudah tamat pengajian namun sehingga kini masih belum menerima baki wang pinjaman mereka, walhal dalam masa sama mereka perlu membayar balik pinjaman.
"Perkara ini memerlukan pemantauan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana dalam hal ini pihak kolej telah melakukan kezaliman terhadap pelajarnya sendiri,"katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN
Langgan:
Catatan (Atom)