Ainan Tasneem
MULA memperkenalkan bakat nyanyian
menerusi laman sosial Facebook dan Youtube, penyanyi Ainan Tasneem tidak pernah
menyangka dirinya kini sudah memiliki karier nyanyian yang
tersendiri.
Hanya bermula dengan sekadar suka-suka, akhirnya lagu yang dicipta Aku Suka Dia telah berjaya menarik perhatian peminat muzik tempatan sehingga nama dan lagunya menjadi topik perbualan hangat di dalam industri.
Setelah single pertama yang dicipta berjaya mencuri tumpuan pendengar sehingga sambutan yang diterima berada di luar jangkaannya, kini Ainan terus mengembangkan bakat dalam bidang muzik dengan lagu terbarunya berjudul Kamu Sahaja.
Baru-baru ini, Sinar Harian berpeluang mengikuti penggambaran muzik video Kamu Sahaja yang dijalankan di Management & Science University (MSU), Shah Alam bersama Loulpop Production.
Difahamkan oleh pengarahnya, Khairul Hazwan, muzik video ini dijalankan di dalam perpustakaan di mana ia bermulanya pertemuan seorang gadis terhadap jejaka idamannya.
Menurutnya, muzik video ini secara keseluruhan berkisarkan cinta remaja yang baru berputik dan perasaan yang dialami seorang gadis apabila cintanya terbalas.
"Buat pertama kali saya dengar lagu itu, saya sudah dapat bayangkan perasaan seorang gadis yang begitu teruja melihat jejaka idaman membalas perasaan dialaminya dan saya rasa konsep ini bersesuaian dengan Ainan yang masih remaja.
"Dalam muzik video ini saya menggunakan buku dan 'sticky note' sebagai prop di mana ia digunakan sebagai medium untuk berkomunikasi," katanya.
Tambahnya, walaupun pertama kali menjalinkan kerjasama dengan Ainan, dia sudah cukup berpuas hati dengan komitmen yang diberikan penyanyi remaja itu.
"Semua yang dirancang berjalan dengan baik dan pelakon serta krew yang terlibat menjalankan tugasan mereka dengan baik," katanya yang sebelum ini pernah mengarahkan muzik video penyanyi popular seperti Aliff Satar, Spider, Klangit dan ramai lagi.
Kali pertama berlakon
Teruja dengan perkembangan karier nyanyiannya, Ainan memberitahu, dia memilih sendiri dan memberi kepercayaan kepada, Loulpop Production, untuk mengarahkan muzik video lagu ciptaannya itu.
Menurutnya, dia tertarik dengan hasil kerja yang dilakukan produksi itu sebelum ini dan tidak keberatan untuk mencubanya sendiri.
"Saya mula mengenali syarikat produksi ini melalui laman sosial Youtube di mana mereka terkenal dengan video parodi dan salah satu lagu yang mereka nyanyikan adalah lagu saya sendiri iaitu Aku Suka Dia.
"Sejak dari itulah saya mula mengikuti perkembangan mereka dan pertemuan kami dalam sebuah rancangan Tunggu Sekejap telah memulakan segalanya," katanya.
Kata Ainan, untuk muzik video ini dia tertarik untuk melakonkan sendiri watak gadis yang diceritakan.
"Ini kali pertama saya berlakon dalam muzik video saya sendiri. Saya senang bekerjasama dengan setiap krew yang terlibat kerana mereka tidak lokek berkongsi idea untuk hasil yang terbaik.
"Ainan sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan semua yang terlibat dan mengharapkan muzik video ini bakal mendapat respons yang baik daripada semua peminat," katanya.
Dituduh ciplak lagu
Berkongsi pengalaman, Ainan akui kemunculannya dalam industri sejak setahun lalu bukan perkara yang mudah memandangkan sudah menjadi lumrah dalam dunia hiburan terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan hebat.
Tidak hanya dilabel sebagai klon penyanyi Youtube, Najwa Latif, kini Ainan pula dituduh menciplak lagu ciptaan penulis lirik dan lagu asal, Fynn Jamal berjudul 150 juta.
Biarpun pelbagai kontroversi terpaksa dilalui, namun Ainan tidak pernah melatah malah dia tidak berputus asa meneruskan minat dalam industri ini.
"Saya tidak mahu di samakan dengan mana-mana penyanyi lain kerana saya mahu peminat melihat bakat sendiri.
"Saya tidak pernah meniru Najwa Latif dan setiap nyanyian saya juga berbeza dengannya," katanya.
Berkaitan lagu 150 juta pula, Ainan memberitahu lagu tersebut sebenarnya telah dijual oleh Fynn sendiri kepada syarikat rakaman tempatnya bernaung iaitu Music Valley Malaysia (MVM).
"Saya sudah jelaskan isu ini dan apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak yang menuduh saya mencuri dan merosakkan lagu itu adalah tidak benar sama sekali. Saya nyanyikannya mengikut gaya saya tersendiri dan jika ada pihak tidak senang dengan nyanyian itu, mereka tidak perlu mendengarnya.
"Walaupun ramai yang memberi respons negatif, tetapi saya bersyukur kerana masih ada lagi peminat setia, teman-teman dan keluarga yang sering memberi sokongan kepada saya untuk terus mengembangkan bakat ini," ujarnya yang kini sedang berada dalam pengajian di UniMAP dalam jurusan Kejuruteraan Bioproses.
Utama pelajaran
Menyentuh mengenai karier nyanyiannya, Ainan yang berhasrat mahu menyambung pengajiannya ke peringkat sarjana di United Kingdom, England selepas tamat belajar di UniMAP nanti akui bidang muzik adalah sebagai kerjaya sambilannya sahaja.
Menurutnya, walaupun kini nama dan bakat yang dimilikinya sudah berada pada tahap yang tidak pernah dijangkakannya, Ainan tetap dengan pendiriannya untuk mengutamakan pelajaran.
"Saya menyanyi untuk mengisi masa lapang sahaja dan pelajaran adalah keutamaan dan saya hanya akan menjalani aktiviti nyanyian pada waktu cuti semester dan hujung minggu sahaja kerana tidak mahu mengganggu jadual pelajaran saya," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan