GEORGE TOWN: Dengan hanya beberapa jam rehat selepas penerbangan 20 jam dari Brazil ke Pulau Pinang, PSY yang akan beraksi pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional dilihat meninggalkan Hotel Evergreen Laurel di mana dia telah masuk pada pagi tadi.
Ketibaan penyanyi sensasi K-pop ini dikawal ketat sejak dari ketibaannya. Peminat-peminat K-pop di sini pasti teruja menantikan persembahan beliau di Sekolah Hang Chiang pada pukul 11.45 pagi ini.
Psy meninggalkan hotel pada jam 10:20 pagi menaiki Toyota Alphard WPB 1816 dengan iringan polis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan