Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Isnin, 10 Disember 2012

Oppa! Banduan Tersekat



4 orang banduan cuba melarikan diri melalui lubang yang dibuat oleh mereka pada dinding bilik penjara dengan menggunakan batang paip besi yang di ambil dari bilik mandi. Namun begitu, lubang yang mereka buat tidak cukup besar untuk banduan kedua yang melalui lubang itu dan dia telah tersekat.

Akibat tersekat dan tidak dapat keluar, dia telah ditangkap di tempat kejadian.

Menurut akbar Brazil, Journal Populacional, dia telah mencederakan diri semasa melalui lubang tersebut dan setelah mendapati bahawa ia mustahil untuk keluar, banduan tersebut telah menjerit meminta pertolongan.

Selepas itu, salah seorang pengawal mendengar jeritan banduan tersebut dan terkejut melihat salah seorang banduan tersekat pada lubang. Dia sempat mengambil beberapa keping gambar sementara menunggu ketibaan bomba bagi mengeluarkan banduan itu.

Banduan yang pertama telah berjaya meloloskan diri. Penjara Ceres yang terletak di barat Brazil merupakan sebuah penjara yang baru. Menurut salah seorang pegawai penjara itu, banduan tersebut pernah cuba untuk melarikan diri pada tahun lepas. Pada kali ini, beliau ditangkap pada hari dan waktu yang sama semasa dia cuba melarikan diri pada cubaan yang pertama.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  • Facebook
  • Tags
  • Blog Archives

 
Blog Pinger HostGator Promos