Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

Selasa, 1 Mei 2012

Oppa! Lelaki Saman BMW Kerana Ereksi


SAN FRANCISCO- Syarikat BMW North Carolina mungkin menghadapi banyak kes-kes tindakan undang-undang atau saman. Tetapi terdapat satu kes yang agak luar biasa yang berlaku pada minggu lepas. Seorang lelaki California mendakwa bahawa tempat duduk motosikal yang ditungganginya telah menyebabkan dia ereksi dan tidak boleh mengawal ereksi tersebut.

Lelaki yang bernama Henry Wolf telah menyaman syarikat BMW Amerika dan syarikat pembuat tempat duduk Corbin-Pacific dengan dakwaan bahawa perkara tersebut berlaku selepas 4 jam menaiki motosikal BMW 1993 yang dimilikinya. Wolf menuntut pampasan ganti rugi bagi kos perubatan, hilang punca pendapatan dan tekanan emosi. Dia mendakwa bahawa ereksi tersebut tidak berhenti selama 20 bulan berturut-turut dan menyebabkan kesan sampingan yang lain.

Seorang doktor, Dr. Michael Lutz di Michigan Instute Of Urology berkata bahawa tiada data perubatan yang dapat menyokong dakwaan lelaki tersebut tetapi ia boleh berlaku pada seseorang jika neurovaskular zakar termampat pada satu tempoh masa semasa duduk di atas tempat duduk basikal atau benda lain.

BMW Motorcycles of Southeast Michigan yang berpusat di Canton telah meneliti dakwaan tersebut dan mendapati bahawa lelaki tersebut menaiki motosikal BMW yang tempat duduknya adalah bukan dari motosikal yang asal. Lelaki tersebut telah membeli tempat duduk tersebut dengan harga 200$.

Oppa : Jangan la pandai-pandai ubah suai seat motosikal korang yer. Nanti jd mcm nie naya. Haha~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  • Facebook
  • Tags
  • Blog Archives

 
Blog Pinger HostGator Promos